Ahad, 11 November 2012


PUASA WAJIB

  • PUASA RAMADAN
  • PUASA NAZAR
PUASA SUNAT
  • SUNAT TAHUNAN
  • puasa hari tasuak pada 9 Muharam
  • puasa hari asyura pada 10 Muharam
  • puasa hari            pada 11 Muharam
  • puasa enam pada 2-7 Syawal
  • puasa pada 8 Zulhijjah (bagi yang mengerjakan haji)
  • puasa hari Arafah pada 9 Zulhijjah (bagi yang tidak mengerjakan haji)

  • SUNAT BULANAN
  • puasa Ayyamul Bidh (hari-hari putih)  pada 13,14&15hb setiap bulan Islam (kecuali 13 Zulhijjah)
  • puasa pada 28,29&30hb setiap bulan Islam (kalau 29 + awal bulan)
  • puasa pada 27hb setiap bulan Islam

  • SUNAT MINGGUAN
  • puasa Isnin & Khamis
  • puasa selang sehari (kecuali 2 hari raya & 3 hari tasrik

Sabtu, 3 November 2012

NAJIS


JENIS-JENIS NAJIS DAN CARA MENYUCIKANNYA

  • najis ringan (MUKHAFFAH) najis ringan hanyalah air kencing kanak-kanak lelaki yang belum berusia 2 tahun dengan syarat dia tidak makan makanan lain kecuali susu ibunya.                                                                                                                                                         cara menyucikannya memadai dengan dipercikkan air mutlak pada tempat yang terkena najis.

  • najis sederhana (MUTAWASSITTAH) najis sederhana ialah: 
  1. semua yang keluar dari qubul dan dubur kecuali air mani.
  2. muntah.
  3. darah.
  4. semua jenis bangkai kecuali bangkai ikan dan belalang juga mayat manusia.
  5. khamar atau minuman yang memabukkan seperti arak, wiski, minuman keras dll.                           cara menyucikannya pertama hilangkan ain najis terlebih dahulu, diikuti dengan membasuh bekas yang terkena najis tadi dengan iar MUTLAK. sekiranya hilang bau,warna dan rasa, maka sucilah ia.

  • najis berat (MUGHALLAZAH) najis berat hanyalah Khinzir,Anjing dan binatang yang terhasil dari kacukan benih keduanya.                                                                                                             cara menyucikannya pertama hilangkan ainnya terlebih dahulu, kemudian basuh sekali dengan air tanah, diikuti dengan enam kali basuhan air mutlak
untuk mendapatkan air tanah, ambil tanah yang bersih dan masukkan ke dalam air mutlak atau air sungai yang kelihatan berlumpur. (air sungai biasa tidak dikira air tanah).

AIR


JENIS-JENIS AIR

  • bila air bercampur dengan bahan yang bersih dipanggil air MUKHALID
  • bila air bercampur dengan air yang sudah digunakan dipanggil air MUSTAKMAL
  • bila air bercampur dengan najis dipanggil air MUTANAJJIS
SUMBER-SUMBER AIR
  • air hujan
  • air laut
  • air sungai
  • air perigi
  • air mata air
  • air salji
  • air embun
MAKSUD AIR DUA KOLAH
  • air MUSTAKMAL boleh digunakan untuk bersuci semula apabila air tersebut dapat terkumpul didalam bekas yang anggarannya dua kolah (selagi tidak berubah bau, warna da rasa) kecuali setelah berkurangan.
  • ukuran dua kolah pada bekas 4 segi (1 1/4 hasta panjang x lebar x tinggi=lebih kurang 2' PxLxT=8 kaki padu)
  • ukuran dua kolah pada bekas 3 segi (2'3" pada garis sudut dengan ketinggian 3')
  • ukuran dua kolah pada bekas bulat (1'6" garis pisat dengan ketinggian 3'9")

TARIQAT


erti pada bahasa: jalan menuju keredaan Allah

TARIQAT

  • WAJIB
  •    BIDANG AKIDAH/TAUHID
  •       BAB IBADAH
  •       BAB MUNAKAHAT
  •       BAB MUAMALAT
  •       BAB KINAYAH
  •    BIDANG FEKAH/ATUR AMALAN BAIK
  •       WAJIB
  •       HARAM
  •       SUNAT
  •       MAKRUH
  •       HARUS
  •    BIDANG TASAUF/ATUR AMALAN HATI
  • SUNAT
  •    WIRID
  •    ZIKIR
  •    DLL

APA ITU FIKAH


Fikah adalah bidan ilmu yang mengkaji hukum-hukum islam yang bersifat amali daripada hujah yang detail, ia lahir daripada IJTIHAD yang dilakukan oleh para pakar fikah.

Ijtihad adalah usaha para pakar dalam memahami maksud yang terkandung dalam Al-Quran dan sunah. hasilnya terbahagi kepada dua hukum.


  • HUKUM TAKLIFI : penjelasan Allah pada kedudukan suatu hal itu sama ada disuruh, ditegah atau diberi peluang memilih. ai terbahagi kepada 5
  1. Wajib     disuruh secara tetap
  2. Sunat      disuruh secara pilihan
  3. Haram    ditegah secara tetap
  4. Makruh  ditegah secara pilihan
  5. Harus     diberi pilihan
  • HUKUM WAD'I : hukum yang menjelaskan dan mengikat kedudukan hukum.
  1. Sebab          contoh: perjalanan adalah sebab hukum dibenarkan solat Qasar.
  2. Syarat          contoh: diwajibkan zakat bila cukup syarat.
  3. Halangan      contoh: nilai harta yang dikenakan zakat terhalang bila ada hutang.
  4. Sah              contoh: jika sesuatu perbuatan cukup syarat, rukun serta tiada halangan, maka layaklah mendapat pahala.
  5. Batal            contoh: perbuatan yang tidak cukup syarat, rukun serta ada halangan.
  6. Keringanan  conton: bila dalam keadaan darurat, yang haram jadi halam sekadar perlu.
SUMBER HUKUM FIKAH

  • AL-QURAN
  • SUNAH
  •    Sunah qawliyah (ucapan Nabi)
  •    Sunah fi'liyah (perbuatan Nabi)
  •    Sunah taqririyah (Nabi tidak menegur perbuatan sahabat)
  • IJMAK ULAMA (kesepakatan para ulama)
  • QIYAS (kaitkan masalah yang tiada hukum dengan yang ada hukum kerana ada persamaan.contohnya: dadah dikaitkan dengan arak