Sabtu, 3 November 2012

APA ITU FIKAH


Fikah adalah bidan ilmu yang mengkaji hukum-hukum islam yang bersifat amali daripada hujah yang detail, ia lahir daripada IJTIHAD yang dilakukan oleh para pakar fikah.

Ijtihad adalah usaha para pakar dalam memahami maksud yang terkandung dalam Al-Quran dan sunah. hasilnya terbahagi kepada dua hukum.


  • HUKUM TAKLIFI : penjelasan Allah pada kedudukan suatu hal itu sama ada disuruh, ditegah atau diberi peluang memilih. ai terbahagi kepada 5
  1. Wajib     disuruh secara tetap
  2. Sunat      disuruh secara pilihan
  3. Haram    ditegah secara tetap
  4. Makruh  ditegah secara pilihan
  5. Harus     diberi pilihan
  • HUKUM WAD'I : hukum yang menjelaskan dan mengikat kedudukan hukum.
  1. Sebab          contoh: perjalanan adalah sebab hukum dibenarkan solat Qasar.
  2. Syarat          contoh: diwajibkan zakat bila cukup syarat.
  3. Halangan      contoh: nilai harta yang dikenakan zakat terhalang bila ada hutang.
  4. Sah              contoh: jika sesuatu perbuatan cukup syarat, rukun serta tiada halangan, maka layaklah mendapat pahala.
  5. Batal            contoh: perbuatan yang tidak cukup syarat, rukun serta ada halangan.
  6. Keringanan  conton: bila dalam keadaan darurat, yang haram jadi halam sekadar perlu.
SUMBER HUKUM FIKAH

  • AL-QURAN
  • SUNAH
  •    Sunah qawliyah (ucapan Nabi)
  •    Sunah fi'liyah (perbuatan Nabi)
  •    Sunah taqririyah (Nabi tidak menegur perbuatan sahabat)
  • IJMAK ULAMA (kesepakatan para ulama)
  • QIYAS (kaitkan masalah yang tiada hukum dengan yang ada hukum kerana ada persamaan.contohnya: dadah dikaitkan dengan arak 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan